Khamis, 13 Oktober 2011

Contoh Karangan Aku Sebatang Pen

                Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna merah.
                Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke destinasi.
                Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan seorang guru.
                Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik.
                Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini tuanku Linda telah mempunyai pen yang baru.

29 ulasan:

  1. pls end with good ending ok............ :(

    BalasPadam
  2. Very nise...i can understand this essay....i soo like this essay

    BalasPadam
  3. Poster diatas menunjukkan tentang karnival kesenian dan kebudayaan 1 Malaysia. Karnival itu akan diadakan pada (tarikh).Masanya(masa).Karnival itu dianjurkan oleh JambatanNegeri Perak.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. hebat hebat boleh juga untuk karangan upsr saya

    BalasPadam
  6. Saya sangat suka dengan essay ni.Saya senang sekarang untuk buat karangan

    BalasPadam
  7. Wow.... Saya akan suka karangan ini📑tq

    BalasPadam
  8. very good this can help me on my exam

    BalasPadam
  9. Saya baca dan share karangam ini sahaja terima kasih

    BalasPadam