Sabtu, 22 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Bahasa Melayu Kertas 2
Soalan : Kamu mengikut ibu kamu
ke sebuah pasar malam atau pasar tani. Gambarkan keadaan dan perkara yang kamu
dan ibu kamu lakukan ketika berada di pasar malam atau pasar tani.
Pada hari Sabtu yang lalu
saya mengikuti ibu ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari rumah saya.
Kami ke sana kerana hendak membeli barang-barang keperluan dapur.
Oleh sebab tempatnya tidak
jauh dari rumah saya, kami hanya berjalan kaki. Setiba di sana, saya mendapati
suasana di pasar malam itu sungguh bising. Keadaan riuh rendah dengan pelbagai
bunyi, khususnya lagu yang dipasang dengan kuat oleh peniaga kaset.
Sambil berjalan mengekori
ibu, saya melihat pelbagai gelagat peniaga dan pembeli. Peniaga melaung-laung
menyatakan barang-barang yang mereka jual baik dan harganya murah. Pembeli pula
sibuk menawar supaya harganya dikurangkan.
Kami berjalan dari sebuah
gerai ke sebuah gerai. Kata ibu, sebelum membeli sesuatu barang lebih baik
lihat dan bandingkan harganya dahulu. Setelah berjumpa dengan lebih murah, baru
beli.
Setelah sampai di kawasan
hujung pasar malam itu, kami berpatah balik. Ibu saya membeli barang-barang
keperluan dapur yang dikehendaki. Ibu hanya membeli barang-barang itu di gerai
yang menawarkan harga lebih murah.
Setelah membeli semua barang
yang dikehendaki, kami singgah di gerai menjual makanan. Ibu turut membeli
beberapa bungkus mi goreng. Setelah itu, kami pun pulang.
Soalan : Kamu menyertai rombongan
sekolah melawat sambil belajar ke sebuah kilang minuman ringan. Kamu diminta
menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Lawatan Ke Kilang Minuman
Pada 29 April 2009, seramai 35 orang murid Sekolah
Kebangsaan Ladang, telah mengikuti rombongan melawat sambil belajar ke sebuah
kilang minuman ringan di Petaling Jaya, Selangor. Seramai tujuh orang guru
turut menyertai lawatan itu.
Lawatan itu diadakan
bertujuan mendedahkan murid tentang proses membuat minuman ringan. Lawatan itu
juga memberi peluang murid mengalami pengalaman baru. Sebagai latihan, semua
murid yang mengikuti rombongan itu dikehendaki menulis laporan tentang lawatan
tersebut.
Setelah sepuluh jam dalam perjalanan menaiki bas
yang disewa khas, rombongan kami tiba di kilang minuman itu pada pukul 8.00
pagi. Beberapa orang pegawai kilang itu sedia menunggu. Kemudian kami dibawa ke
sebuah dewan dan diberi taklimat ringkas tentang proses pengeluaran minuman
ringan di kilang itu.
Setelah itu, kami dibawa melawat di bahagian
memproses minuman, sejak awal hingga ia dibotol
atau ditinkan. Kami mendapati, sebahagian kerja memproses minuman itu
dilakukan oleh mesin dengan pengawasan pekerja kilang itu.
Kami melawat hingga pukul 1.00 petang. Setelah
itu, kami dipelawa oleh pihak kilang untuk makan tengah hari. Kami juga
dihidangkan dengan minuman pelbagai perisa yang dihasilkan oleh kilang
tersebut.
Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang minuman
itu, banyak pengetahuan baru yang kami peroleh. Setelah selesai makan tengah
hari kami pun pulang kira-kira pada pukul 2.30 petang. Sepanjang lawatan itu,
banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang kami peroleh dan diharap ia
diadakan lagi pada masa depan.
Disediakan oleh,
13 Mei 2009
Suhaimi
( Sulaiman Bin Samat)
Sekolah Kebangsaan Ladang.
Soalan : Sebagai Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah, kamu diminta menyediakan laporan tahunan
persatuan. Tuliskan laporan itu selengkapnya.
Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Ladang
Penasihat : Encik Mohd Suhaimi bin Samat
Pengerusi : Nurul Syahmina Husna
Naib Pengerusi : Amirul Syahmi Aiman
Setiausaha : Nurul Khausar Faqihah
Bendahari : Amirul Irfan Haziq
Ahli Jawatankuasa : Amirul Aniq Aqil Fakhrullah
Nur Irdina Syuhaidah
Amirul Faris
Hakim
Amirul Danish Haikal
Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1997. Pada
tahun pertama ditubuhkan, persatuan ini disertai hanya 40 orang ahli.
Bagaimanapun tahun lalu, jumlah ahlinya meningkat kepada 100 orang. Kebanyakan
ahli adalah murid tahun empat, lima dan enam.
Berbagai-bagai aktiviti dirancang dijalankan sepanjang
tahun lalu. Sebahagian daripada aktiviti itu dijalankan di dalam bilik darjah
atau di sekolah. Sebahagian lagi aktiviti dijalankan di luar bilik darjah,
antaranya lawatan sambil belajar.
Antara aktiviti yang dapat dilaksanakan dengan
jayanya pada tahun lalu ialah pertandingan
bahas, bercerita dan menulis pantun antara kelas. Aktiviti itu mendapat
sambutan menggalakan daripada ahli dan murid lain.
Bagaimanapun, atas sebab yang tidah dapat
dielakkan, beberapa aktiviti yang dirancang pada tahun lalu tidak dapat
dijalankan. Antaranya ialah pertandingan deklamasi sajak dan lawatan sambil
belajar. Aktiviti itu diharap dapat dijalankan pada tahun ini.
Adalah diharapkan pelbagai aktiviti yang dirancang
pada tahun ini dapat dijalankan sepenuhnya. Sehubungan itu, kejersama daripada
semua pihak, khususnya ahli persatuan ini adalah diperlukan.
Disediakan oleh, 17 Februari 2010
khausar
( Nurul Khausar Faqihah binti Suhaimi)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ladang.
Soalan : Kamu dan dua orang kawan
kamu sedang memancing di sebatang sungai. Tiba-tiba seorang kawan kamu
tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai itu. Ceritakan apa yang kamu dan kawasan
kamu lakukan.
Pada suatu hari, saya bersama-sama dua orang kawan,
Hanis dan Alif pergi memancing di sebatang sungai tidak jauh dari tempat
tinggal kami. Sedang kami asyik memanncing, tiba-tiba Alif tergelincir lalu
terjatuh ke dalam sungai.
Alif terkapai-kapai sambil
menjerit meminta tolong kerana dia tidak pandai berenang. Saya segera mencapai
sebatang kayu panjang yang kebetulan ada di situ, lalu m enghulurkan kepada Alif.
Bagaimanapun, usaha saya tidak berhasil kerana Alif mula dibawa arus.
Tanpa berlengah, saya segera
terjun dan berenang ke arah Alif. Walaupun tahu berenang, saya berasa amat
payah mendekati Alif kerana arus sungai ketika itu amat deras. Sungguhpun
begitu, saya berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkanya.
Setelah berusaha
bersungguh-sungguh, akhirnya saya berjaya mencapai rambut Alif lalu menariknya
perlahan-lahan ke tebing. Pada waktu itu, dia sudah lemas. Di tebing sungai,
Hanis sedia menunggu. Setelah
naik, ke atas tebing, Hanis segera memberi bantuan pernafasan. Saya pula
terbaring kerana kepenatan.
Akhirnya, Alif tersedar. Walaupun demikian, dia kelitan
tidak bermaya. Saya membuat keputusan untuk pulang sahaja. Saya meminta Hanis
membantu saya memapah Alif pulang.
Walaupun belum sempat mendapat seekor
ikan pun, kami bersyukur kerana Alif terselamat.
Soalan: Kamu berjumpa dengan
seeorang kawan yang lama lalu mengajaknya bercuti di kampung kamu. Tuliskan
perbualan kamu dengan kawan kamu itu.
Irfan
: Hai, Haziq
Haziq : Oh, awak Irfan. Lamanya kita tidak
berjumpa?
Irfan : Yalah… sejak awak berpindah sekolah tiga
tahun yang lalu, kita langsung tidak
berjumpa. Awak apa khabar?
Haziq : Saya sihat. Awak pula macam mana?
Irfan : Saya pun sihat. Haziq,
kebetulan kita berjumpa ni, saya hendak ajak awak bercuti di kampung saya pada
masa cuti sekolah nanti. Itupun kalau awak tiada apa-apa rancangan lain.
Haziq : Buat masa ini saya belum ada apa-apa rancangan lain.
Irfan : Saya ingin sangat mengajak
awak kerana kita sudah lama tidak bertemu.
Haziq : Betul kata awak tu.
Irfan : Jika demikian, bercutilah
di kampung saya. Tambahan pula tidak lama lagi musim buah-buahan. Tentu awak
suka jika dapat menunggu durian gugur di dusun
bapa saya.
Haziq : Ya, memang saya suka.
Irfan : Selain itu, awak juga dapat memancing.
Sekarang ini sesuai memancing di
sawah. Banyak ikan puyu, sepat dan haruan di sana .
Haziq : Wah, seronoknya!
Irfan
: Kalau macam tu, bercutilah di kampung saya.
Haziq : Macam
inilah saya beritahu ibu bapa saya dahulu. Nanti saya beritahu awak.
Irfan
: Saya harap awak dapat datang.
Haziq : Saya pun begitu.
Soalan : Kamu
terlambat ke sekolah kerana kesiangan. Kamu perlu segera ke sekolah kerana ada
ujian. Perihalkan tindakan yang kamu lakukan.
Pada pagi itu aku kesiangan. Aku segera mandi dan
berpakaian. Aku mesti ke sekolah kerana ada ujian bulanan. Masalahnya,
kenderaan tidak ada kerana ibu dan bapaku telah ke tempat kerja.
Aku mencapai beg sekolah, lalu mendapatkan basikal
lamaku. Oleh sebab lama tidak digunakan, aku memeriksa dahulu kedua-dua
tayarnya sama ada mempunyai angin atau tidak. Setelah memastikan keadaanya
baik, aku pun mengayuh sekuat hati.
Malangnya, di pertengahan jalan, rantai basikalku
terputus. Aku meninggalkannya di tepi jalan lalu berjalan kaki. Sekolahku
kira-kira satu kilometer lagi. Aku berasa sungguh penat, tambahan pula belum
bersarapan lagi.
Sambil berjalan, aku menunjukkan isyarat tangan
untuk menumpang kenderaan yang lalu. Aku bernasib baik kerana dapat menumpang
sebuah kereta. Setelah sampai di sekolah, aku terus belari ke kelasku.
Ujian bulanan baru sahaja tamat. Aku berasa sangat
kecewa kerana tidak sempat menduduki ujian itu. Bagaimanapun, aku tidak
berputus asa. Aku segera berjumpa guru
kelas dan bercerita masalahku.
Setelah mendengar ceritaku, akhirnya guru kelasku
meminta aku menduduki ujian itu seorang diri.
Soalan
: Sekolah kamu akan menganjurkan seminar UPSR 2009. sebagai Setiausaha
jawatankuasa penganjur, kamu diminta menulis surat kepada Yang Dipertua, Ibu
Bapa dan Guru sekolah kamu untuk menjemputnya merasmikan seminar itu.
Jawatankuasa Penganjur,
Seminar Peperiksaan UPSR 2009,
Sekolah Kebangsaan Ladang,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Ladang,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu.
19
Januari 2010
Tuan,
Seminar Peperiksaan UPSR 2009
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa sekolah ini akan menganjurkan perkara seperti di atas untuk
murid tahun enam sekolah ini yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah tahun ini.
3. Sehubungan
itu, saya bagi pihak jawatankuasa penganjur ingin menjemput tuan hadir ke
seminar tersebut, sekali gus menyampaikan ucapan dan merasmikannya.
4. Untuk
makluman pihak tuan, butiran lanjut majlis adalah seperti di bawah;
4.1
Tarikh : 26 Februari 2009
4.2
Tempat : Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan Ladang
4.3
Masa : 8.30 pagi
5. Besarlah
harapan saya jika pihak tuan dapat menyatakan persetujuan berhubung perkara
ini. Hal ini perlu untuk memudahkan pihak kami membuat tindakan lanjut..
Perhatian dan kesudian pihak tuan hadir bagi
menjayakan majlis kami, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
Syahmina
( Nurul Syahmina Husna binti Mohd Suhaimi )
Setiausaha,
Jawatankuasa penganjur,
Seminar Peperiksaan UPSR 2009,
Sekolah Kebangsaan Ladang.
Soalan : Kamu mendapat tahu
seorang daripada kawan kamu yang tinggal di negeri lain memenangi sesuatu
peraduan. Tuliskan sepucuk surat untuk mengucapkan tahniah kepadanya.
Lot PT 2094,
21100
Kuala Terengganu,
Terengganu.
Menemui sahabatku yang kini berada di
Melaka, semoga berada dalam keadaan sihat.
Saudari,
Apa khabar? Saya berharap saudari dalam
keadaan sihat di samping keluarga tersayang. Saya di sini sihat walafiat.
Tujuan saya mengutuskan surat ini adalah untuk
mengucapkan tahniah atas kejayaan saudari memenangi peraduan mengarang. Saya
mendapat tahu kemenangan saudari itu apabila membaca berita yang disiarkan
dalam akbar Metro.
Pada mulanya saya tidak percaya tetapi
setelah membaca berita itu, barulah saya tahu segala-galanya. Sekali lagi saya
ucapkan tahniah. Bolehkah saudari berikan rahsia kejayaan saudari itu.
Saya ingin tahu rahsia itu kerana saya juga minat
mengarang. Sebelum ini, saya menyertai pelbagai pertandingan mengarang,
termasuk yang dianjurkan pihak sekolah. Saya juga ingin jadi macam saudari,
muncul pemenang pertama dalam peraduan mengarang.
Hanya setakat ini yang dapat
saya coretkan buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi, saya berdoa saudari
beroleh kejayaan lebih besar pada masa depan. Sekian, wassalam.
Sahabatmu,
Hafizah
Soalan : Tuliskan sebuah cerita
berakhir dengan ayat berikut;
” ..... Sejak peristiwa itu, aku
berjanji akan berkelakuan baik dan tidak mencuri lagi.”
Akibat
Mencuri
Sudah menjadi tabiatku,
pantang melihat sesuatu benda atau barang yang menarik, pasti aku ingin
memilikinya. Masalahnya, aku tidak mempunyai wang untuk membelinya. Untuk
mendapat benda atau barang tersebut, aku mengambil jalan mudah dengan
mencurinya.
Oleh sebab aku sering
ditangkap kerana mencuri, kawan-kawan sekelasku memangilku Ismail Panjang.
Gelaran itu diberikan sempena tabiatku yang
suka mencuri atau ’panjang tangan’. Ibuku sering menasihatku supaya
jangan mencuri, tetapi aku tidak mempedulikannya.
Pada suatu hari, aku pergi
ke sebuah kedai mainan. Aku ternampak sebuah kereta Formula One. Aku sangat tertarik
akan kereta itu, tetapi harganya terlalu mahal. Aku tidak mempunyai wang untuk
membelinya. Setelah memastikan tiada orang melihat, aku segera mengambil kereta
mainan itu.
Tanpa berlengah aku terus
keluar dari kedai itu. Malang menimpaku. Sebaik sahaja aku berada di muka pintu
keluar, tauke kedai itu menahanku. Rupa-rupa dia melihat aku mencuri kereta
mainan itu. Aku diserahkan kepada pihak polis.
Aku ditahan beberapa jam di
balai polis. Sewaktu ibu bapaku datang untuk menjaminku, mereka amat marah
sekali. Dalam perjalanan pulang, ibuku tidak henti-henti menangis.
Pengalaman pahit yang
kualami telah membuatku menyesal. Aku juga sedar kerana perbuatanku itu, ibu
bapaku dapat malu. Sejak peristiwa itu, aku berjanji akan berkelakuan baik dan
tidak mencuri lagi.
Soalan : Kamu menyertai
pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah ’ Faedah
Menyertai Kegiatan Kokurikulum’. Tuliskan syarahan kamu selengkapnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi
Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru besar, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah
’Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum’.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Kokurikulum adalah kegiatan
yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada
tiga, iaitu pasukan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.
Semua kegiatan kokurikulum ini berfaedah kepada murid.
Bagi kegiatan pasukan
beruniform, antara faedahnya ialah meningkatkan tahap disiplin murid. Selain
itu, aktivitinya juga dapatmenambahkan pengetahuan dan persefahaman. Antara
aktivitinya ialah Pasukan Pengangkap dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
Para hadirin sekalian,
Kelab dan persatuan juga
tidak kurang faedahnya. Antaranya dapat memupuk asas kepimpinan di kalangan
murid. Contoh kelab persatuan ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa
Inggeris dan lain-lain lagi.
Demikian juga, dengan
kegiatan sukan dan permainan. Antara faedah aktiviti ini yang tidak dapat
dinafikan ialah meningkatkan tahap kesihatan. Selain itu, kita juga akan akan
mahir dalam sesuatu acara ataupun permainan.
Seperti yang saya nyatakan,
kegiatan kokurikulum banyak faedahnyayang bukan sahaja dapat meningkatkan
pencapaian diri, malah kesihatan dan persefahaman. Oleh itu, diharapkan semua
murid tidak mengabaikannya.
Soalan : Pencemaran alam sekitar
sering menjadi tajuk perbincangan kebelakangan ini. Bincangkan punca pencemaran
alam sekitar dan cara-cara mengatasinya.
Pencemaran
alam sekitar sering menjadi tajuk perbincangan kebelakangan ini. Hal ini kerana
pelbagai pencemaran telah berlaku bukan sahaja di air, malah udara, bunyi
mahupun kawasan tempat tinggal.
Pencemaran
air sama ada di kolam, sungai mahupun laut disebabkan perbuangan bahan
terbuang. Antaranya ialah sisa toksik. Untuk mengatasinya, masyarakat perlu
dididik supaya senrtiasa menjaga kebersihan air dan sedar akan kepentingannya
kepada kepada manusia serta hidupan lain.
Pencemaran
udara pula berpunca daripada perlepasan asap, terutama daripada kilang dan
kenderaan. Udara yang kotor berbahaya kepada kesihatan manusia. Oleh itu,
kerajaan perlu menetapkan peraturan tahap pengeluaran asap. Jika ada yang
melanggar peraturan itu, tindakan undang-undang perlu di ambil.
Bagi
pencemaran bunyi, antara puncanya ialah kenderaan dan kerja-kerja pembinaan. Bunyi
bising menyebabkan kehidupan kita tidak tenteram. Antara cara mengatasinya ialah kerajaan menetapkan peraturan tahap
pengeluaran bunyi. Tindakan undang-undang juga hendaklah diambil terhadap
mereka yang melanggar peraturan itu.
Selain itu, pencemaran juga berlaku di tempat tinggal. Antara
puncanya ialah sikap penduduknya yang tidak prihatin terhadap kebersihan. Mereka membuang sampah-sarap di merata-rata tempat sesuka
hati. Bagi mengatasinya, mereka perlu membuang sampah di tempat yang
disediakan.
Untuk
menjaga kebersihan alam sekitar, semua pihak perlu bertanggungjawab. Usaha yang
dilakukan bagi mengatasi pencemaran tidak akan berhasil tanpa kerjasam mereka.
Soalan : Kamu menyertai
pertandingan bahas sebagai pencadang bagi tajuk ’Kesihatan Lebih Penting
daripada Kekayaan’. Tuliskan hujah-hujah yang kamu sampaikan.
Yang Mulia Tuan Pengerusi
Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan pembangkang,
guru-guru dan hadirin sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Sebagai
pencadang, pendirian saya tetap, iaitu ’Kesihatan Lebih Penting daripada
Kekayaan’
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pendirian saya berasas. Hal
ini kerana kekayaan yang dimiliki tidak akan bererti jika kita sakit, terutama
menghidapi penyakit kronik. Kehidupan seseorang itu lebih bermakna jika
mempunyai badan yang sihat, sekalipun tidak mempunyai kekayaan.
Sesungguhnya kesihatan tidak
dapat dibeli dengan kekayaan. Walaupun kekayaan dapat membeli ubat yang mahal,
namun ubat itu belum tentu berhasil mengubat penyakit yang dihadapi. Apa yang
pasti, ramai di kalangan orang kaya gagal menyelesaikan masalah kesihatan
mereka.
Para hadirin sekalian,
Untuk mencari kekayaan,
kesihatan badan diperlukan. Sekalipun hidup sederhana, mereka yang sihat boleh
berusaha untuk mencari kekayaan itu. Apa yang lebih penting, kehidupan mereka
hormani kerana tidak menghidapi sebarang penyakit.
Orang yang mementingkan kesihatan
juga lebih berdisiplin dan tidak tamak. Keadaan ini tidak wujud bagi orang yang
sentiasamengejar kekayaan. Selain bekerja sepanjang masa tanpa mempedulikan
kesihatan, mereka juga bimbang keselamatan harta benda yang dimiliki.
Berdasarkan hujah-hujah yang
saya berikan,ternyata bahawa kesihatan lebih penting daripada kekayaan. Oleh
itu, jagalah kesihatan diri keranaia menjamin kehidupan yang sejahtera. Terima
kasih.
Nilai Murni
Cara mengesan nilai dipaparkan.
Lazimnya, nilai yang
dipaparkan dalam teks boleh dikesan melalui :
I : perbuatan ….. contoh……membantu rakan -
nilai - baik hati
11. perkataan ….. contoh….. silakan masuk –
nilai – kesopanan
111. sikap…..contoh …….suka menderma-nilai-
murah
Pelan Maklumat
frasa Nilai/pengajaran
Tidak kedekut
|
Murah hati/pemurah
|
Mudah berbual
|
Peramah
|
Berbudi bahasa
|
Bersopan santun
|
Ikhlas
|
Jujur/tulus
|
Ringan tulang
|
Rajin
|
Bersolat
|
Taat
|
Membantu ibu
|
Rajin
|
Membasuh kasut adik
|
Baik hati
|
Dengan rela
|
Ikhlas
|
Membaca akhbar
|
Manfaatkan masa
|
Biar saya tolong
|
Rajin
|
Dia deman/kasihan
|
Ambil berat
|
Kita ke rumahnya
|
Rapatkan hubungan
|
Beritahu ayah dan ibu
|
Keselamatan diri
|
Gunakan telefon saya
|
Rela berkorban
|
Membahagikan sama banyak
|
Adil
|
Patuh arahan
|
Taat
|
Saling membantu
|
Bekerjasama
|
Berkongsi makan
|
Murah hati
|
Ramah
|
Mesra
|
Tidak gemar akan pencemaran
|
Mencintai alam sekitar
|
Saling berziarah
|
Amalan kejiranan
|
Bergotong-royong
|
Bekerjasama
|
Kawalan malam
|
Menjagai keselamatan
|
Menubuhkan tabung pendidikan
|
Prihatin
|
Menabung wang
|
Berjimat cermat
|
Membeli buku
|
Mencintai ilmu
|
Member sedekah
|
Murah hati
|
Mengucapkan terima kasih
|
Menghargai
|
Memandu agak perlahan
|
Hati-hati
|
Menyambut kedatangan
|
Meraikan tetamu
|
Bersalaman
|
Memupuk kemesraan
|
Membantu datuk
|
Simpati
|
Menziarahi kami
|
Merapatkan hubungan
|
Santun berbahasa
|
Dihormati
|
Tidak mengalah
|
Tabah
|
Terus berusaha
|
Gigih
|
Membalas jasa
|
Bertanggungjawab
|
Tidak sombong
|
Merendah diri
|
Suka menderma
|
Murah hati
|
Sedar
|
Insaf
|
Perlu berubah
|
Bersikap positif
|
Berkelakuan baik
|
Berakhlak mulia
|
Mematuhi nasihat
|
Taat
|
Tekun bersolat
|
Patuh
|
Menolong ibubapa
|
Bertanggungjawab
|
Bekerjasama menyiapkan kerja sekolah
|
Saling Berbincang
|
Aktiviti bergotong-royong
|
Saling Membantu
|
Menghargai jasa ibu bapa
|
Mengenang Budi
|
Mengucapkan terima kasih
|
Menghargai Orang Lain
|
Membersihkan kelas
|
Bekerjasama
|
Mengunjugi perpustakaan
|
Rajin membaca
|
Tidak pernah ponteng sekolah
|
Menuntut ilmu
|
Ingin menjadi doktor
|
Bercita-cita Tinggi
|
Selalu membuat ulang kaji
|
Rajin Berusaha
|
Memulangkan dompet yang dijumpai
|
Jujur
|
Tidak memakan makanan ringan
|
Mengambil
makanan seimbang
|
Bermain bola pada waktu petang
|
Rajin
beriadah
|
Tidak membuang sampah ke dalam sungai
|
Menjaga
alam sekitar
|
Langgan:
Catatan (Atom)